Thursday, June 30, 2011

JANGAN CEPAT MELATAH


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan melihat gambarajah di atas, mungkin anda dapat mengagak content penulisan saya pada kali ini..... Sebelum penulisan ini jauh menerjah, saya minta jasa baik kalian untuk lapangkan dada, kosongkan fikiran dan meletakkan diri anda di tengah - tengah, tanpa memihak kepada sesiapa.... Mungkin dengan cara ini kita dapat membuat keputusan dengan akal yang waras, dan bukan dengan hati amarah..... Ini sekadar renungan dan pandangan sebagai salah seorang anak muda Malaysia yang mendambakan negara yang diredhaiNYA, aman tanpa sengketa....

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0? PATUT DITERUSKAN ?

Setelah meneliti, memerhati dan membuat pertimbangan...

Pada mulanya BERSIH ini bukanlah sesuatu isu yang besar. Penganjur sekadar ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berhimpun dan menyampaikan hasrat kepada kerajaan bahawa rakyat inginkan pilihanraya yang telus.... Pada saya, ketika itu penganjur tidak memihak kepada mana2 pihak, dan telah memilih warna kuning sebagai lambang perhimpunan ini bukan berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.....
Kemudian, hasrat penganjur telah dicemarkan dengan provokasi2 yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.... Mereka menakut - nakutkan penyokong dan rakyat Malaysia.... Provokasi mereka seolah - olah perhimpunan ini sangat membahayakan dan akan memberi impak negatif yg sangat besar kepada negara....

Kemudian, isu menjadi semakin besar apabila penyokong mula mencipta dan menjual baju kuning yang dicopkan 'BERSIH' ...saya masih lagi explore motif sebenar ciptaan baju ini....tapi pade pandangan saya, tak perlu beruniform untuk menuntut pengadilan.....unfiorm itu sendiri seperti telah melambangkan bahawa 'Saya di pihak ini' dan mewujudkan 'asobiyah.....wujudnya group yang MENYOKONG dan group yang TIDAK MENYOKONG.....TAPI, kenapa mereka yang memakai baju BERSIH ditangkap? jika ia merupakan hasutan, mcmna dengan mereka yang memakai baju2 yang gambarnya tidak senonoh....pakaian2 anak muda yang menyakitkan mata.....itu bukan sahaja di bawah akta hasutan, tetapi boleh masuk di bawah gangguan seksual.....

Kemudian, di dada- dada akhbar mula dipanaskan dengan mengapa perlu bersih? tak telus ke pilihanraya negara selama ni? apa yang pembangkang nak sebenarnya? jika pilihanraya tak telus, pembangkang takkan dapat kemenangan besar pade pilihanraya lepas..... 

TETAPI...jika benar - benar pilihanraya Malaysia selama ni telus, pihak kerajaan tak sepatutnya membangkang apa yang diminta oleh mereka yang MENYOKONG BERSIH....jika kerajaan di pihak yang benar, luluskan je apa yang dituntut oleh mereka yang menyokong... buktikan bahawa walaupun 8 items yang ditutut itu dilaksanakan, kerajaan masih lagi mendapat majoriti pilihanraya... Tentangan kerajaan terhadap BERSIH ini menunjukkan seolah - olah kerajaan takut... mungkin penyokong kerajaan bersetuju dengan kata2 kerajaan 'Jika pilihanraya Malaysia tidak telus, pembangkang takkan dapat mana2 negeri'.... tapi, apa salahnya jika apa yang dituntut itu dilaksanakan....itu lagi membuktikan bahawa kerajaan benar2 telus dalam pemerintahannya....ego kah kerajaan untuk mengalah kpd rakyat? MENGALAH TAK BERERTI KALAH.....ATAUPUN....adekah kerana apa yang dikatakan pembangkang bahawa selama ini pilihanraya Malaysia tidak telus itu adalah benar?    

Kemudian, ia dipanaskan lagi dengan acting2 mereka di kelas bawahan.... walaupun anda bencikan mereka, saye rase tak pyh la edit hingga memburukkan ciptaan MAHA PENCIPTA.... manusia dah dicipta dengan sebaik-baik dan secantik-cantik kejadian...saya rase sangat TAK WAJAR, lebih2 lagi jika yang mengedit nye adelah seorang muslim....sangat tak bertanggungjawab.....



Apapun yang berlaku, kembali lah kita kepada Yang Mencipta kita.... Dia Maha mengetahui...Dia mengetahui perkara2 ghaib..Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui....Mohonlah petunjuk daripadaNYA....Lakukanlah istikharah...Saya rase, itulah sebaik-baik jalan.....Minta petunjuk drpadaNYA, adekah patut perhimpunan BERSIH ini dilaksanakan...dan mohonlah petunjuk dariNYA, siapakah pemimpin yang sebenarnya layak...tak kira la anda di pihak kerajaan mahupun pembangkang, anda tetap tidak mengetahui sepnuhnya aktiviti2 pemimpin anda.....tapi ingat, Allah tau semua tu...so, DIA la org yg paling layak untuk kita mitak petunjuk tentang siapa yang patut dipilih......ISTIKHARAH lah..... 

Yang  baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya dengan izin Allah... Wallahua'lam

DOA ISTIKHARAH:
” Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 








No comments:

Post a Comment