Thursday, June 30, 2011

JANGAN CEPAT MELATAH


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan melihat gambarajah di atas, mungkin anda dapat mengagak content penulisan saya pada kali ini..... Sebelum penulisan ini jauh menerjah, saya minta jasa baik kalian untuk lapangkan dada, kosongkan fikiran dan meletakkan diri anda di tengah - tengah, tanpa memihak kepada sesiapa.... Mungkin dengan cara ini kita dapat membuat keputusan dengan akal yang waras, dan bukan dengan hati amarah..... Ini sekadar renungan dan pandangan sebagai salah seorang anak muda Malaysia yang mendambakan negara yang diredhaiNYA, aman tanpa sengketa....

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0? PATUT DITERUSKAN ?

Setelah meneliti, memerhati dan membuat pertimbangan...

Pada mulanya BERSIH ini bukanlah sesuatu isu yang besar. Penganjur sekadar ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berhimpun dan menyampaikan hasrat kepada kerajaan bahawa rakyat inginkan pilihanraya yang telus.... Pada saya, ketika itu penganjur tidak memihak kepada mana2 pihak, dan telah memilih warna kuning sebagai lambang perhimpunan ini bukan berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.....
Kemudian, hasrat penganjur telah dicemarkan dengan provokasi2 yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.... Mereka menakut - nakutkan penyokong dan rakyat Malaysia.... Provokasi mereka seolah - olah perhimpunan ini sangat membahayakan dan akan memberi impak negatif yg sangat besar kepada negara....

Kemudian, isu menjadi semakin besar apabila penyokong mula mencipta dan menjual baju kuning yang dicopkan 'BERSIH' ...saya masih lagi explore motif sebenar ciptaan baju ini....tapi pade pandangan saya, tak perlu beruniform untuk menuntut pengadilan.....unfiorm itu sendiri seperti telah melambangkan bahawa 'Saya di pihak ini' dan mewujudkan 'asobiyah.....wujudnya group yang MENYOKONG dan group yang TIDAK MENYOKONG.....TAPI, kenapa mereka yang memakai baju BERSIH ditangkap? jika ia merupakan hasutan, mcmna dengan mereka yang memakai baju2 yang gambarnya tidak senonoh....pakaian2 anak muda yang menyakitkan mata.....itu bukan sahaja di bawah akta hasutan, tetapi boleh masuk di bawah gangguan seksual.....

Kemudian, di dada- dada akhbar mula dipanaskan dengan mengapa perlu bersih? tak telus ke pilihanraya negara selama ni? apa yang pembangkang nak sebenarnya? jika pilihanraya tak telus, pembangkang takkan dapat kemenangan besar pade pilihanraya lepas..... 

TETAPI...jika benar - benar pilihanraya Malaysia selama ni telus, pihak kerajaan tak sepatutnya membangkang apa yang diminta oleh mereka yang MENYOKONG BERSIH....jika kerajaan di pihak yang benar, luluskan je apa yang dituntut oleh mereka yang menyokong... buktikan bahawa walaupun 8 items yang ditutut itu dilaksanakan, kerajaan masih lagi mendapat majoriti pilihanraya... Tentangan kerajaan terhadap BERSIH ini menunjukkan seolah - olah kerajaan takut... mungkin penyokong kerajaan bersetuju dengan kata2 kerajaan 'Jika pilihanraya Malaysia tidak telus, pembangkang takkan dapat mana2 negeri'.... tapi, apa salahnya jika apa yang dituntut itu dilaksanakan....itu lagi membuktikan bahawa kerajaan benar2 telus dalam pemerintahannya....ego kah kerajaan untuk mengalah kpd rakyat? MENGALAH TAK BERERTI KALAH.....ATAUPUN....adekah kerana apa yang dikatakan pembangkang bahawa selama ini pilihanraya Malaysia tidak telus itu adalah benar?    

Kemudian, ia dipanaskan lagi dengan acting2 mereka di kelas bawahan.... walaupun anda bencikan mereka, saye rase tak pyh la edit hingga memburukkan ciptaan MAHA PENCIPTA.... manusia dah dicipta dengan sebaik-baik dan secantik-cantik kejadian...saya rase sangat TAK WAJAR, lebih2 lagi jika yang mengedit nye adelah seorang muslim....sangat tak bertanggungjawab.....



Apapun yang berlaku, kembali lah kita kepada Yang Mencipta kita.... Dia Maha mengetahui...Dia mengetahui perkara2 ghaib..Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui....Mohonlah petunjuk daripadaNYA....Lakukanlah istikharah...Saya rase, itulah sebaik-baik jalan.....Minta petunjuk drpadaNYA, adekah patut perhimpunan BERSIH ini dilaksanakan...dan mohonlah petunjuk dariNYA, siapakah pemimpin yang sebenarnya layak...tak kira la anda di pihak kerajaan mahupun pembangkang, anda tetap tidak mengetahui sepnuhnya aktiviti2 pemimpin anda.....tapi ingat, Allah tau semua tu...so, DIA la org yg paling layak untuk kita mitak petunjuk tentang siapa yang patut dipilih......ISTIKHARAH lah..... 

Yang  baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya dengan izin Allah... Wallahua'lam

DOA ISTIKHARAH:
” Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 








Sunday, June 26, 2011

Hati Usang, Tolong Jangan Kembali


     Kisah ini diaptasi dari sebuah kisah benar....kisah seorang sahabat yang baru memulakan langkah dalam membuka lembaran baru untuk hidupnya...kisah hidupnya yang terlalu complicated satu mase dulu telah mnjadi mudah sedikit demi sedikit setelah dia mula menghambakan dirinya kepada yang ESA....dynna (bukan nama sebenar) sebelum ini, seorang yang boleh dikatakan sangat liar....dia dibebankan oleh hidup yang penuh dengan konflik dan masalah ciptaannya sendiri...dynna telah mencuba pelbagai cara untuk meredakan konflik hidupnya....untuk mengurangkan beban masalah yang diciptanya sdri, dynna pernah menyertai kumpulan 'gelap'.....kumpulan yang menjadikan najis dadah sebagai makanan harian mereka...berbekalkan ilmu dan didikan yang baik oleh ibu dan ayahnya, dynna masih mempunyai akal yang waras...dia tak pernah menyentuh najis itu walaupun berada di kalangan mereka...cuma, dynna menjadi perokok tegar....di rumah, sedaya upaya dynna cuba melakonkan watak seorang yang sangat baik....namun begitu, lumrah naluri seorang ayah dan ibu...mereka tetap dapat mengagak ade seseuatu di sebalik kebaikan dynna itu....
Pada satu malam, dynna mendapat berita tentang kematian salah seorang rakan kumpulan gelapnya, akibat terkena jangkitan HIV.....dynna sangat sedih keraa Abot (bukan nama sebenar) merupakan yang paling rapat dengan dynna....segala beban dikongsi bersama Abot....malam itu jugalah dynna telah memulakan langkahnya....Dynna bangun dari esakannya...dia ke bilik air, mengambil wdhu' dan mencari kembali sejadah yang telah lama dia tinggalkan...malam itulah sujud pertama dilakukan setelah sekian lama dia meninggalkannya...malam yang sungguh bermakna untuk dirinya....
   Ibu dan ayahnya gembira dengan perubahan Dynna...kini, dynna telah berubah dengan drastiknya....hidupnya hanya di rumah...membantu ibu dan ayahnya menguruskan bisnes kecil-kecilan keluarga telah menjadi kerja harian dan hobi barunya...pada suatu hari, ayahnya menyampaikan hasrat terbesar si ayah....ingin melihat si anak bergraduasi untuk ijazah sarjana muda...ketika itu, kebetulan Dynna mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti di tengah2 kota Kuala Lumpur...Dynna sangat berat hati....pertama, dynna takut diinya yang lama akan kembali...kemudian, dia berat hati untuk meninggalkan kedua orang tuanya kerana kini barulah dia merasai bagaimana penatnya untuk mendapat sesuap nasi...ibu dan ayahnya menggunakan tenaga tua mereka untuk menyara dynna dan adik2...
  Si ibu sebolehnya tidak menggalakkan dynna menyambung pengajian....bukan kerana sayangkan duit, tapi si ibu juga takut dynna kembali seperti dulu....untuk meredakan hati, si ibu menyarankan dynna untuk melakukan solat sunat istikharah....2 minggu lagi Dynna perlu mendaftarkan diri di universiti barunya...dalam jangka masa itu, Dynna tidak pernah meninggalkan istikharahnya tapi dia masih tidak mendapat apa2 petunjuk dan hatinya masih berbelah bahagi....namun begitu, setiap urusan untuk melanjutkan pelajaran dipermudahkan oleh Allah....tiada walau satu kesukaran...walaupun ketika itu keluarganya mengalami masalah kewangan,namun Allah tak pernah memungkiri janjiNYA..rezeki ade di mana2...ayahnya mendapat duit hasil bisnesnya...
   Setelah hampir 3 bulan Dynna berada di kampus barunya, dia sangat bersyukur...dia mendapat roomates dan classmates yang sangat baik diri dan akhlaknya....namun, Dynna diuji lagi sekali oleh Allah SWT...dalam diam, hatinya terpaut pade seseorang...Dynna beasa pelik dengan dirinya sendiri kerana lelaki itu tiada sedikit pun krieteria lelaki idamannya selama ini...sebelum ini, dia hanya menerima dan terpaut kpda lelaki yang mempunyai krieteria2 yg diidamkan...kali ini, Allah membuktian kekusasaanNya sekali lagi...Dynna sedar,dia sangat lemah...Dynna merasakan betapa lemah dirinya, tak dapat menentukan sesuatu walaupun untuk dirinya sendiri dan betapa besr kekuasaan Allah, meniupkan perasaan halus itu...

will be continued.... =)

Sunday, June 12, 2011

Kasih Seorang Umi......

Tika si anak dalam kandungan, umi sering berdoa agar si anak menjadi insan berguna...iaitu seorang hamba yang patuh kpd Khaliknya....Umat yang taat kepada rasulnya....Penyejuk mata ayahbonda.....Pejuang Islam yang tak kenal erti lelah menyampaikan dakwahnya....Rakan yang baik untuk insan sebaya...Manusia yang disenangi oleh penduduk sekitarnya.....Rakyat yang berjasa kepada negaranya.....

Subhanaallah...Begitu mulia hati seorang insan bergelar umi....Sudah mula berkira-kira tentang masa depan anaknya, sedangkan wajah si anak belum dilihat....comelkah, hodohkah, sempurnakah, cacatkah, bijak atau bodoh....Semua itu tak pernah terlintas di minda si umi.....dia hanya tahu bersyukur......bersyukur ke hadrat Illahi di atas pengurniaan janin di kandungannya membesar dan terus membesar.....Tentang kesempurnaan janin tu bile keluar nanti, tak pernah si ibu ambil serius....baginya, itu adalah ujian yang Allah berikan untuknya....

Setiap hari, si umi bercakap cakap dengan si bayi dalam kandungan...Umi ajar mengaji...Umi ajar berzikir.....Si bayi bergerak gerak...begitu gembiranya umi ketika itu....Biasanya, tiap-tiap dua jam si bayi akan menendang perut umi.....bile tiba nya 2 jam, si umi menunggu-nunggu si bayi menendang...tp si bayi hanya mendiamkan diri....Betapa risaunya umi.....Ya Allah, betapa mulianya hati umi.....beliau dah mula kasihkan kami sebelum melihat wajah kami.....dan betapa kerdilnya kami si anak, merisaukan hati si umi sejak dlm kandugan.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini si anak dilahirkan.....umi sangat gembira...Umi panjatkan syukur kepada Ilahi....melihat wajah si anak, hilang segala kesakitan.....dikucup wajah si anak......dalam kesakitan, si umi sudah mula memikirkan bagaimana kehidupan si anak nanti...betapa mulianya hati si umi.....

Di siang hari, si anak tidur dengan lenanya.....si umi membelek-belek badan si anak...khuatir jika serangga, nyamuk atau semut gigit badan si anak...betapa mulia nya si ibu....sedang si ibu terlelap, si anak merengek lapar...bangunlah si ibu menyusukan anaknya walaupun mengantuk....mulianya hati si ibu.....bila malam hari, si anak menangis tidak henti.....betapa mulianya si ibu....bangun panas kan tunku, ingatkan si anak kembung perutnya......selepas perut si anak dituam, si anak masih menangis.....si umi mendodoikan si anak dengan kasih sayang nya.....bila si anak tidur, azan subuh berkumandang....si umi batalkan niat nya untuk tidur......berkira-kira untuk menyediakan air untuk mandikan dia sendiri dan si anak.....di siang hari, rutinnya seperti semalam....

Terfikirkah kita, bila si umi melelapkan matanya....betapa mulianya hati si umi.....

Kemudian, tiba masanya untuk memberi nama si anak.....macam-macam cadangan diberikan.....namun, setiap nama itu difikirkan akibatnya oleh si ibu.....si ibu takut dengan nama itu, si anak diejek...dengan nama itu, menjadi faktor si anak bersikap kurang elok...dengan nama itu, si anak menjadi degil......walaupun kadang-kadang pemikiran nya dipengaruhi oleh pemikiran nenek moyang, bukan berlandaskan agama, tetapi betapa dia memikirkan kehidupan anaknya nanti...betapa mulianya hati si umi....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini, si anak membesar....Apabila si anak sudah dilepaskan dari susu si umi, si anak mula meminum susu tambahan....walaupun pendapatan keluarga, hanya cukup untuk makan dan membeli keperluan harian, si umi tetap membeli susu yang terbaik untuk si anak....tak pernah kisah perut sendiri diisi atau tidak.....betapa mulianya hati si umi...

Apabila si anak menjangkau umur 5 tahun, si umi sibuk mencari sekolah yang terbaik.....tidak pernah berkira tentang bayaran, asalkan si anak mendapat pendidikan yang terbaik...betapa mulianya hati si umi.....
Setelah masuk alam sekolah rendah, si umi sekali lagi ingin memberikan yang terbaik untuk si anak....si anak dihantar tuisyen sana sini.....bile tibe waktu untuk bayar yuran, duit dicari...sehingga bergadai...si umi tak pernah berkira...asalkan si anak dapat yang terbaik...betapa mulianya hati si umi....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini, si anak telah meningkat dewasa....si anak kononnya telah pandai berfikir sendiri.....jasa si umi tidak pernah diingati, jauh sekali untuk dikenang, semakin jauh lagi untuk dibalas....betapa lupa ingatannya si anak...

Kini si umi meniti waktu usangnya di rumah desa.....si anak berbahagia dengan hartanya..ingatlah wahai si anak.....hartamu itu tiada walau sekelumit berkat....dulu, waktu si umi membesarkan si anak, si umi bekerja keras agar si anak tidak merasa kesusahan...kini, tika si anak sudah bekerja, si umi masih perlu gigih mencari rezeki untuk sesuap rezeki untuk dirinya sendiri...betapa si anak tak pernah mengenang jasa si umi...tp, betapa mulianya hati si umi....tidak pernah dia meminta walau sedikit denggan si anak...malah, di doakan agar si anak selalu mendapat yang terbaik untuk hidupnya....betapa mulia hati si umi, sering memuji-muji si anak walaupun di sudut dalam hatinya, dia sangat berkecil hati dengan tingkah si anak.....

Betapa mulianya hati seorang umi, di kala si anak rebah....di kala si anah tersungkur...di kala si anak ditinggalkan.....si umi datang, menghulurkan tangan tua...mengangkat kembali si anak.....membangkitkan kembali semangat si anak.....meniupkan kembali kekuatan agar si anak boleh kembali hidup dengan cemerlang...betapa si umi seperti lupa ingatan...lupa akan apa yang telah si anak lakukan padanya....lupa akan segala tingkah buruk si anak.....lupa bahawa dia pernah berkecil hati dengan si anak....betapa mulianya hati seorang umi....matlamat hidupnya hanya ingin membantu menyayangi serta mengasihi si anak....betapa mulianya si ibu...



"Ya Allah, kasihanilah umi dan abah sebagaimana mereka mengasihi ku dari kecil....Permudahkanlah segala urusan mereka...Lapangkanlah hati mereka...Teguhkanlah iman mereka.....Redhailah mereka menghuni di bumi MU ini.....Tempatkanlah mereka di jannahMU ya Allah....Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...."

Friday, June 10, 2011

"Pengampunan Ilahi is Infiniti"


.....Suatu masa..... 

Dunia dilalui penuh kegelapan
Dosa dilakukan dalam kesedaran tanpa penyesalan
Duka diubat dengan hiburan melalaikan
Diri dibiarkan hidup dalam kejahilan
Dimensi hidup hanya dunia semata-mata tanpa bayangan hari kemudian

.....Seperti tiadanya wujud hari pembalasan.....

Najis syaitan bebas di KEPALA
Hingga kerudung berterbangan lolos
Suara si durjana bebas di TELINGA
Hingga alunan syaitan dihafal mudah
Hasutan si durjana bebas di LIDAH
Hingga fitnah umpatan diungkapp lancar
Pakaian syaitan membaluti TUBUH
Hingga sanggup membiarkan si nafsu 1 meratah dengan matanya
Betapa gembiranya si SYAITAN DURJANA ketika itu

.....Seperti tiadanya wujud hari pembalasan.....

Hidup hanya tau bergembira
Hidup sanggup buat apa sahaja asalkan rasa bahagia
Hidup si manusia bodoh sombong
Hidup bagai dia empunya dunia
Hidup hingga tergadai maruah agama suci, tergadai nama keluarga yang bistari,
tergadai maruah dan harga diri makhluk bernama manusia
Hidup penuh kelalaian tanpa pernah berfikir siapa PENCIPTANYA

.....Seperti tiadanya wujud hari pembalasan.....
 
Tika diri sudah tersungkur 
Tika masalah tiada penyelesaian
Tika peluang dilabel 'no entry
Tika diri disingkirkan manusia lain 
Ketika itulah manusia mula mencari TUHAN

Di tahajud pertama
Manusia itu bersujud kepada Penciptanya
Manusia mengakui segala kelalaiannya
Manusia itu menyesali segala kejahatannya 
Manusia itu mengadu akan masalahnya
Manusia itu merendah diri
mengaku dia sudah tidak punya sesiapa
melainkan PENCIPTANYA


Alangkah maha mulianya si PENCIPTA
Menerima pengampunan si manusia
PengampunanNYA serta merta
PengampunanNYA diberi tanpa sebarang persoalan
PengampunaNYA tanpa diungkit kesalahan yang dilakukan
PengampunanNYA diberi tanpa siasatan

Betapa DIA maha mulia
Betapa DIA maha pemurah
Betapa DIA maha pengasih
Betapa DIA maha Pengampun

Subhaanaallah...Alhamdulillah...Allahuakbar 

"Wahai Tuhan yang Maha Hidup..Wahai Tuhan Yang Maha berdiri sendiri.. Dengan rahmatMU aku minta pertolongan..Perbaikilah segala urusanku dan janganlah diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata tanpa pertolonganMU..." (HR Al-Hakim)

Thursday, June 2, 2011

detik itu......

Setiap makhluk bergelar insan takkan pernah dapat mengelak dari melakukan kesilapan...di kala manusia tu tak sedar dia sedang melakukan kesilapan, mereka akan terus mengulangi kesilapan itu...ulang dan berterusan mengulanginya...TETAPI!!! jangan hanya salahkan mereka...

Ya, tidak dinafikan mereka silap...mungkin mereka tak pernah cuba untuk mencari jalan untuk kembali...cuma, di mana peranan bagi kita jika kita tergolong dalam insan yang sedar???adakah hanya menunding kesepuluh-sepuluh jari menyalahkan mereka yang alpa..

Yang sedar itu lah bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang sedang alpa...yang sedang asyik dengan dunia indah mereka yang sementara...bukan dengan meminggirkan mereka...semakin mereka menjauhi kita, semakin perlu kita dekati mereka...dekati mereka dengan care mereka...insyaAllah, satu hari nanti mereka akan menerima apa yang cuba kte sampaikan...jangan hanya tau menerjah, memaki hamun dan mengutuk ape yang mereka lakukan...tapi, cubalah selami apa yang mereka rase...cube selami apa yang bermain di minda dan jiwa mereka...dan cube explore ape yang mereka inginkan untuk hidup mereka...mereka juga seperti kita...ingin merasa wujudnya DIA, sang Pencipta...ingin merasa kasih sayang sang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...ingin bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah...mungkin, mereka tak tau cara...tak tau di mana langkah perlu bermula...tak tau betapa nikmatnya rase...jadi, kitalah bertanggungjawab untuk cube membimbing mereka, tunjuk mereka langkah pertama dan memberi peluang mereka rasai betapa lazatnya berda di jalanNYA...

Ayuh, same2 kita ingat mengingati....bersama-sama kita memulakan pengembaraan di dalam mencari cintaNYA...

"Wahai Tuhan yang Maha Hidup..Wahai Tuhan Yang Maha berdiri sendiri.. Dengan rahmatMU aku minta pertolongan..Perbaikilah segala urusanku dan janganlah diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata tanpa pertolonganMU..." (HR Al-Hakim)